tg-me.com/pantauanberita/813
Last Update:
Pemimpin negara berjiwa merdeka, mandiri dalam menentukan keputusan
Buku Tajdid Falsafah Peradaban Islam terbitan PEMIKIR ini menggesa pembaca agar kembali memahami erti dan tujuan insan berlandaskan al-Quran dan Sunnah iaitu berlandaskan ubudiyyah dan khilafah, termasuklah perihal pemerintahan sesebuah kuasa.
Sedikit petikan daripada buku ini -
"Pemerintah Islam mempunyai kebebasan untuk merangka dasar pemerintahan yang berpihak kepada rakyat, tanpa terpengaruh dengan apa-apa polisi yang hanya menguntungkan konglomerat elit global."
"Dalam pengamalan demokrasi moden, konglomerat elit global yang menyusun atur dasar dan polisi negara di sebalik tabir, bukan kerajaan atau pemerintah. Ini adalah kerana undi-undi yang dimenangi oleh parti politik semasa pilihanraya didanai oleh elit global, yang menyebabkan budi mereka harus dibalas dengan pembentukan polisi yang memihak kepada keuntungan elit global tersebut."
"Mandat ketaatan kepada pemimpin (raja/kerajaan) diasaskan atas dasar ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Jika pemimpin tersebut terkeluar daripada landasan ketaatan kepada Allah dan Rasul, maka mandatnya terbatal."
Mari kita bersama kembali membangunkan keagungan Peradaban Islam dengan menghidupkan kembali budaya ilmu generasi kepimpinan masa hadapan:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
BY IRIS Institute (OFFICIAL)
Share with your friend now:
tg-me.com/pantauanberita/813